Thursday, December 30, 2010

Adakah Kekayaan Yang Kita Cari??

Semalam hari last kuliah untuk minggu nie... Yelah Malaysia Menang Piala Suzuki!!mcm biasa pukul 9.30 malam baru aku gerak dari nilai nak  balik kg. Yelah, basuh baju, gosok baju, kemas bilik.. semak2 nota.  Macam biasa acik guard tu pesan jangan merempit... hati-hati.. baca ayat kursi. Kena ceramah lah kowt sebab suka sangat balik malam-malam. Even mak aku pun selalu cakap jangan balik malam-malam nanti apa-apa jadi susah. Tapi aku kan degil mana nak dengar cakap nie... xmenlah... hehehe... peristiwa habis minyak dengan tayar pancit pun xreda lagi. Memang xkenal erti serik aku nie kan. Yelah balik malam2 sejuk... best!! Tapi hari nie bukan itu yang aku nak kongsikan tapi pasal isi kuliah hari nie. 


Cerita yang ringkas tapi cukup mendalam. Seorang pensyarah nie cerita pasal pengalaman dia belajar kat Birmingham, England. Apa yang menarik adalah kehidupan kat sana cukup best, pukul 3 petang sampai banyak sangat tapi nanti pukul 6 pagi dah bersih balik. Bagusnya dia punya pengurusan boleh buat waktu malam, kita kat sini tengah siang-siang orang berasak2 nak gi kerjalah baru nak terhegeh-hegeh buat jalanlah. Orang di sana bekerja dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. pukul 8 malam mesti ada kat umah. Pukul 7 kedai dah tutup. Bagi mereka waktu tulah nak berehat kat rumah makan, tengok tv. Apa yang penting bagi mereka, ada masa untuk diri mereka. 


Betul jugak tu kan, pasai tu lah diaorang nie boleh jadi penjajah. Diaorang bekerja teruk2 bukan untuk  kejar harta benda nak beli rumah bungalow, kereta mewah, tv besar, perabot nak tukar-tukar mcm orang Mesia tapi diaorg kumpul untuk gi Holiday untuk tengok budaya orang lain. Tak semua kita boleh belajar dari membaca, melihat Televisyen, adakalanya kita perlu mengalaminya sendiri.


 Tapi xhairanlah diaorg boleh hidup sebab gaji diaorang tinggi tetapi barang keperluan harga rendah. Sesiapa yang ada anak akan dapat bantuan susu segar tiap2 minggu sebanyak 10 pound. Padahal susu tu harga 25 sen jer besar botol kicap Mesia. Tulah... pasai bengkak jer dengar pasal benda nie kan??? Mesti dah pasang niat nak belajar kat luar negara nieyh. Kesimpulan yg  pensyarah nie bagi kita 
"hidup bukan untuk mengejar kebendaan dan kekayaan semata-mata tetapi bekalan kita untuk menuju ke sana".
Barulah hidup kita seimbang. Tak penting pun benda yang mahal2 nie. Tapi yang penting berapa banyak kali kita tolong orang?? Nanti kat sana Dia tak tanya pun berapa banyak rumah yang kamu ada kecik ker besar?? Wallahualam semoga kita termasuk golongan yang bersyukur. Jangan lupa, ikuti saya di episod seterusnya... hehehe

Monday, December 20, 2010

Anak-anak Pasca Merdeka

Anak-anak pasca merdeka
Pewaris nusa pemilik tanah tercinta
Menyusun jejak menggegam maruah bangsa
Meniup semangat dari tamsil perjuangan
Merempuh durga sang petualang
Telah berderai darah dan air mata
Menebus keringat kudrat kurniaan Tuhan



Anak-anak pasca merdeka
Menjunjung mahkota keagungan
Menumpah setia dengan kasih wangi
Cita waja dari luhur sumpah
Hati budi anak peribumi
Tabah membina peradaban
Memulia dan menjunjung kegemilangan



Anak-anak pasca merdeka menerobos cita dan impian warga
Segenap pelosok
Menjejak denai ke lembah wawasan
Pantas menghimpun ilmu
Dalam mapan teknologi dan ekonomi
Menerima dan memberi
Tidak sekadar fitnah berbicara
Tetapi mampu melaksana
Menjana idea bukan mengilis siku
Demi syurga peribumi nusa
Anak-anak pasca merdeka
Berhak mutlak sebagai pemilik pertuanan
Selama mewarisi tanah pusaka bertuah ini

Nukilan Wan Marzuki Wan Ramli- Kelantan
Dipetik Dari Akhbar Utusan Melayu/ 20 Disember 2010


*tamsil-kiasan
P/s: Sejak baik dari demam nie jadi cintakan negaralah pulak... hehehe