Wednesday, January 4, 2012

PERSAHABATAN KITA


Rasa-rasanya dah lama sangat tak menjenguk blog nie .  Minggu peperiksaan nie memang menyakitkan, menyerabutkan, tapi dalam kepahitan tersebut terasa sangat bahagia, sebab semakin banyak paper yang dah habis maknanya semakin dekatlah hari untuk aku berlepas ke semenanjung. Huk alahai, padahal baru lepas satu paper je, ada lagi 6 paper sebenarnya.  Tulah, manusia mudah lupa, melayu mudah lupa.  Entah kenapa hari ini aku ingin berkongsi tentang sesuatu, tentang sesuatu yang selalu dibicarakan. Betapa lama aku kuburkan cerita ini untuk bercerita.
Cinta. Cinta Bukan setakat cinta sepasang kekasih yang sedang hangat memadu perasaan.    Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasul. Cinta kepada Malaikat. Cinta kepada Ibu Bapa.  Cinta kepada keluarga. Cinta kepada sesama manusia atau disebut ukhwah Fillah.
Apakah cinta sesama manusia ini, persahabatan ini, adalah perkara paling berharga dalam kehidupan? Tidak bagi saya, tetapi jatuh kepada perkara kelima yang paling berharga dalam kehidupan ini.  Bagaimanakah kita ingin menjadi seorang sahabat yang dirindui, yang didambakan sehingga pemergian kita nanti akan mengalirkan air mata kehibaan daripada insan yang lain. Marilah sama-sama kita ulas perkara ini.

   Untuk mendapatkan sahabat yang baik, yang boleh membawa kita bersamanya. Kita perlulah merefleksikan diri kita dahulu. Berdiri. Carilah cermin yang berhampiran dengan anda. Tanya pada diri, adakah aku mempunyai sifat mahmudah seperti Rasullullah, seperti Saidatina Aisyah? Jika tidak, carilah, rentangilah untuk mempunyai sifat-sifat tersebut. Anda tahu bukan cerminan seorang sahabat adalah daripada sahabat yang lain. Janganlah pula disebabkan perkara tersebut kita menjadi seorang yang sombong.  Memilih hanya sahabat yang baik, yang pandai. Habis tu apa jadi dengan penagih, rempit, malas belajar dan yang nakal itu? Berkawanlah dengan mereka kerana bercinta biar satu berkawan biar beribu. Mana tahu dengan kehadiran kita menjadi asbab untuk si kawan kita itu menjadi lebih baik dari hari kehari? Siapalah kita ini, kita ini hanyalah khalifah Allah yang ilmunya cuma seperti satu jari yang dicelup di lautan yang luas.  Khalifah yang ditugaskan oleh Allah untuk memimpin di dunia ini. Ya, kita insan terpilih.

Seterusnya, sahabat yang baik sifatnya suka tolong-menolong.  Dia akan merasa hampa jika tidak dapat menolong saudaranya. Saling nasihat-menasihati antara satu sama lain.  Bukan sahaja semasa senang mereka berada di sisi malah semasa si sahabat merintih, menangis kesedihan hingga putus asa dialah yang menemani , yang merawati luka sahabat yang paling dalam itu. Tolong, tolong juga tetapi haruslah dilakukan dengan nawaitu yang ikhlas kerana Allah S.W.T.  Jangan disebabkan si kawan tu pandai kita nak ambil kesempatan. Kalau ada kenduri kendara di kawasan kejiranan. Gotong-royong, datanglah, kerana di situ akan mengeratkan silaturrahim, ukhwafillah.

Eyh, sedar tak sedar dah sampai paragraph yang ketiga. Sabar. Jadilah seorang yang sabar. Kerana sebuah penantian yang ikhlas itu akan membuahkan hasil yang sangat menguntungkan. Jikalau sebuah doa itu, tidak ditunaikan, itu bukan bermakna yang doa tersebut telah ditolak tetapi mungkin ditangguhkan untuk sesuatu yang lebih baik. Mungkin juga pahala yang lebih besar di sisi Allah s.w.t. Berusahalah untuk mendapatkan seorang sahabat yang sejati.  Persahabatan, walaupun kita terdampar di bumi asing yang kering kontang menjadi subur dan bahagia. Persahabatan akan membuatkan kita merasa tidak keseorangan malah kita akan berasa seperti sebuah keluarga.

Menjadi sahabat janganlah jadi seorang sahabat yang tikam daripada belakang. Depan cakap lain belakang cakap lain.  Menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan cinta, memang-memang tidak patut. Ini kerana cinta yang hadir bukanlah datang dari hati yang tulus ikhlas dari hati yang kita cintai tetapi kita hanya bercinta dengan sesuatu “benda” yang lain. Terus terang benda sebegini bukanlah cinta sebenar, cinta sejati tetapi hanya cinta berlandaskan nafsu. Cinta yang bertopengkan syaitan. Sanggupkah kita melihat orang yang kita cintai tuh sakit?? Merana?? Sakit dalaman?? Hanya kerana rakusnya nafsu kita sendiri.

Secara kesimpulannya, cinta kepada Allah lah cinta yang kekal abadi. Kepadanya jualah tempat kita bergantung. Persahabatan sesama manusia bukanlah segala-galanya. Teruskanlah untuk mencari persahabatan yang sejati hingga ke akhirnya, persahabatan hingga ke syurga abadi. “Friendship Until Jannah”.  Harapan yang akan menjadi kenyataan. Berusahalah. Berdoalah. Bertawakallah.

No comments:

Post a Comment